Thursday, January 7, 2010

MeNgiSi KekosoNgaN maSa~

12.08am


huishhh.. hari ini seperti hari-hari yang aku lalui sebelum ini.
Sama sahaja, tak ada perbezaan. Cuma... hari ini mak aku pulang dari kedai belikan aku pau! pau kacang. Walaupun pau tu kurang menarik selera aku, tapi untuk menjaga hati aku makan jugak. Habis lagik! haha
pau ohh pau..



Aku peminat cerita Cucu Betong. Dah lama aku tengok cerita nih. Tak boleh miss. Kalo miss pun mesti tengok ulangannya pada sebelah malam. Kali ni episod dia agak menyedihkan. Kenapa watak Zaman terlalu cepat dimatikan?? Kesian isteri dia kena mengharungi hidup sorang-sorang dengan anaknya tu dah lalai dan dikuasai ilmu hitam. Mati pulak sebab kena langgar dengan kereta depan isteri dia lagi. Plus time tengah gaduh dengan isteri kedua pulak tuh. Sedih betul. Haishh.. tak sabar rasanya nak tunggu esok. Nak tengok sambungan cerita tu.


Image Hosted by ImageShack.us

Dan hari ni aku amat tertarik dengan mesej kawan aku. Mesej dia berbunyi:-

"Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperoleh, tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan yakni NIKMAT"

dan juga

"Allah telah menghilangkan matahari.. Allah duga kita dengan ribut dan petir.. Kita tertanya-tanya kenapa.. Lepas tu, fikir kembali.. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi.. yang mengindahkan lagi dinihari"

aku amat sukakan mesej ini. Mesej ini membuatkan aku terfikir sejenak. Ramai lagi yang mempunyai nasib yang lagi teruk daripada aku. Mesej ini jugak membuatkan aku bersyukur dengan segala nikmat yang diperoleh, Alhamdulillah. Syukur aku dapat kawan seperti dia. Dia seolah-olah tahu apa yang sedang aku fikirkan walaupun kami tinggal berjauhan. Sayang kauuu my friend.

Loves,dila♥

No comments: