Saturday, June 25, 2011

siapa musuh kita ?

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "

" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "

" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."

" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan.
"


sedang sibuk aku belek-belek iLuvIslam.com
tetiba aku terjumpa ayat yang berwarna ungu tu
sangat tertarik dengan ayat tersebut
credits to one who posts this lovely word :)

dan aku rasa macam nak tambah lagi satu
"Jika kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala couple,
belum tentu kita dapat terhindar daripada dosa yang sama
"
ayat aku takde laa sepuitis ayat di atas tapi
at least make sense, kan? hehe

okay, siapa lah aku ni nak bercakap pasal ni
tapi takde salahnya kalau kita nak share
sedikit ilmu yang kita ada, betul tak?
apa yang menyebabkan aku tetiba
nak berhujah persoalan ni ?

cerita dia macam ni
sewaktu dalam kelas subjek Understanding Islam (UI)
ustazah aku ni suka bercerita orangnya
dan beliau selalu memfokuskan soal couple ni

dan ayat beliau tersangatlah straight forward
dan bagi sesiapa yang in relationship
memang makan dalam laa
tapi ada baiknya juga ustazah aku yang cakap
sebab kalau orang macam aku ni yang bersuara
takde siapa nak dengar + siap kena kutuk belakang lagi

seperti semua orang sedia maklum,
couple tu haram
dan secara jujurnya aku hampir-hampir terjebak ke lembah ni
dan alhamdulillah aku masih lagi dapat memelihara diri aku
kerana aku mempunyai seorang ustazah yang sentiasa mengingatkan aku
akan dosa-dosa dan haramnya couple ni
thank you so much ustazah and I really appreciate it :)
jikalau kita hanya bersms, berborak kosong dengan berlainan jantina
pun boleh tambah dosa, apatah lagi mempunyai ikatan tak sah ni
betul tak?

okay laa aku rasa dah panjang sangat aku taip,
dipendekkan cerita
ustazah aku cakap, walaupun kita tak couple
tapi kita memberi sokongan secara nampak atau tidak
kita tetap juga ada 'share' atau saham dosa
dengan orang yang couple. nauzubillah
mengucap panjang aku setelah mendengarnya
tersentak, terkedu, terkaku seketika

mengapa? bila difikirkan balik
betul juga sebab kita seolah-olah menyokong tindakannya
walaupun kita tahu benda tu haram + berdosa

contoh, kalau kawan kita nak beli hadiah untuk boyfie/girlfie dia
dan kita pun cakap,
"beli lah yang ada teddy bear, love-love ke kat tengah-tengah mesti lagi comel"
"dia suka apa? kau beli laa benda yang dia suka"
"pujuklah dia, mungkin dia ada masalah tu"
memang nampak sangatlah kita sokong tindakan dia
dan pada masa yang sama, kita pun dapat dosa bukannya pahala

atau pun kita pinjamkan handphone kita
untuk dia contact boyfie/girlfie dia
kita share saham dosa dengan dia
tak cukup lagi apabila ditambah dengan kita teman kawan kita dating
glurp..

ditambah pula, bila kita nampak segala tingkah laku kawan kita
yang melanggar batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
dengan duduk dekat-dekat, cuit-cuit, pegang-pegang, bermanja-manja
memang bertambah-tambah lah dosa kita
astaghfirullahalzim

banyak lagi rupanya perlu aku pelajari
aku berharap semoga usaha aku untuk mendalami ilmu agama ni berterusan
insyaAllah..
tolong doakan aku ye kawan-kawan :)

dan pada waktu ni
aku tersangatlah memerlukan seseorang yang selalu
boleh mengingatkan aku pada Allah
dia tak perlu untuk sentiasa memberi tazkirah pada aku
tetapi cukuplah pada perwatakan nya sahaja
boleh membuatkan aku sentiasa ingat pada Allah

dan salah satu sebab aku suka sangat bergaul dengan orang yang lebih tua
daripada aku adalah kerana mereka ni banyak pengalaman
dan daripada pengalaman mereka la macam-macam aku boleh pelajari
dan kepada sesiapa yang selalu nampak atau tahu
aku suka lepak dengan lecturers atau makcik kafe
bukan sebab aku nak bodek atau take advantage on them
tapi aku nak pelajari sesuatu
ingatlah ilmu tu tak semestinya dipelajari secara formal
macam dalam kelas, atau dengar ceramah di dewan
tetapi ia juga boleh dipelajari secara tidak formal :)

wassalam

Loves,dila♥

am home :D

assalamualaikum w.b.t

first of all,
sorry 'cuz dah lama tak update blog.
I'M SO SORRY
kelas takde la pack mana
cumaa wireless yang kadang-kadang menghampakan
dan buat masa ini aku tak dapat nak online
kerana aku tak dapat access the provided wireless
but I'll try again next time okay :)

errmm...okay based on the given title
I'M HOME! weee~ :D
itu yang boleh update blog
blog kawan-kawan aku banyak dah aku ketinggalan
gara-gara masalah teknikal
sorry guys
but I'll try to read your blog as soon as possible :D

nak cerita apa ek untuk entri kali ni ?
errmm.. haaa! let's talking about hot-temper
M A R A H
biasanya sinonim dengan perempuan-perempuan yang datang bulan
be open minded k
benda ni biasa berlaku dalam kalangan perempuan
lebih-lebih lagi apabila seseorang itu bulan penuh ;P
tapi tak semua laa yang macam tu

tapi ada sorang ni pelik sikit
boleh dikatakan sepanjang masa nak marah-marah, takde mood
cakap sikit nak melenting
bukannya aku sakitkan hati dia pun
it's just a joke ok
itu pun nak melenting, padahal takde kena mengena dengan dia pun
entahlah susah jugak kan bercakap dengan orang keras kepala ni
asyik-asyik dia je nak betul
dan bila aku betulkan fakta dia yang salah tu
mula laa dia nak tinggikan suara, buat muka
macam seolah-olah dia tau semua benda
dan aku ni macam lurus + bodoh
tak tahu apa-apa macam katak bawah tempurung
tak boleh nak bagi opinion langsung
apakehal ?

dan aku ni pulak jenis tengok orang,
kalau orang tu kerja asyik nak marah je
jangan harap lah aku nak tegur, gurau-gurau dengan orang tu
lately ni aku macam dah berani pulak nak meninggikan suara kat dia
dahsyat kan.. seriously, aku tak pernah nak tinggikan suara kat orang
ni kira first time laa aku buat macam ni
terdiam jugak dia tu bila dah kena
hahaha

tapi lepas tu jadi balik
aku pun apa lagi
belah la dari tempat tu, buat rosak mood aku je
dan bila jumpa dia lagi
aku tak tegur dia instead dia yang tegur aku dulu
aku ni ada ego nya jugakk

aku tak suka orang pijak kepala aku
dan lately ni aku rasa macam kepala aku dipijak-pijak
dan asyik kena ikut cakap dia je
kalau tak mesti dia buat muka
muka bengang yang kononnya menakutkan tu
geram gak aku dengan dia

tapi aku taknak laa gaduh-gaduh
tak best oh gaduh-gaduh ni
dah laa selalu jumpaa..adoii
ada hikmah jugak kan aku kena macam ni
sebab Allah nak uji tahap kesabaran aku
lagi tinggi kesabaran seseorang tu, lagi tinggi iman dia kan ?
so, that's mean Allah nak uji tahap keimanan aku
betul tak? kalau salah tolong betulkan ye, thanks :)

tapi kan ,
syaitan kan suka orang yang tengah marah
lagi seronok dia nak bisik benda-benda jahat
sebab tu bila seseorang tu tengah marah
kadang-kadang dia tak dapat nak kawal diri
macam-macam benda boleh berlaku
ada yang sampai menyumpah-nyumpah
lepas tu bagi alasan sebab dah terbiasa
boleh je nak ubah benda tu, betul tak?
(mungkin kebanyakan orang akan cakap benda ni(menyumpah-nyumpah) perkara biasa
tapi bagi aku TAK sebab Islam dah ajar apa yang perlu buat kalau tengah marah)

dan aku pernah terbaca pasal cara-cara menangani marah
kalau korang marah masa tengah berdiri,
eloklah korang cepat-cepat duduk
supaya dapat meredakan kemarahan tu
dan sekiranya tak berkesan
korang baring..tenangkan fikiran
dan sekiranya tak kurang jugak,
tinggalkan tempat tu dan pergi berwudhu'
sebab macam aku cakap tadi
syaitan suka orang yang tengah marah-marah ni
dan adanya wudhu' ni akan terjaga sikit
then kalau rajin dirikanlah solat sunat
berdoa, baca Al-Quran

okay la sampai sini sahaja buat masa ni
rasanya dah panjang lebar aku taip
moga aku diberi ruang lagi untuk menulis di sini
InsyaAllah :)
wassalam

Loves,dila♥

Sunday, June 12, 2011

D.I.E.T

assalamualaikum w.b.t

hee dah berapa hari agaknya tak post new entry eh >.<

okay tadi sewaktu lunch ada seorang kawan aku cakap pasal diet
dan aku yakin pasti perempuan-perempuan di luar sana pun ada yang tengah on diet
boleh dikatakan majoriti lah yang mengamalkan diet ni
adalah dalam kalangan wanita.. setuju takk?

kebanyakan yang aku jumpa
semuanya tak makan nasi
dan ada yang lebih teruk lagi tak makan langsung
hanya makan biskut sekeping dua je
adakah ini yang dinamakan diet?
cukup ke segala nutrient yang diperlukan badan?
berapa lama korang boleh tahan dengan gaya pemakanan yang macam tu?
tak terasa seksa ke?
sanggup berlapar sebab nak kurus
yang dah kurus dan kurus lagi
sampai dah tinggal tulang baru nak dikatakan kurus ke?
GILA namanya tu
biarkan perut kita lapar dan tidak mengisikan makanan
sudah dikira sebagai menzalami diri sendiri.
korang sedar tak ni semua?
takkan nak zalimi diri sendiri kot
come on lah berdosa tahu tak?

for me, I don't think it is good for you
as you cut your meals (breakfast, lunch)
and sometimes, they only take their dinner in a day
do you know that breakfast is the most important meal in our life ?
because breakfast is the beginning for your stomach (to start the engine) to process food
mcm kereta laa jugak
sebelum nak jalan, mesti kena panaskan engin kereta dulu
betul tak ?

aku ada terbaca satu artikel kat majalah rapi
pernah dengar tak majalah tu? salah satu majalah kesihatan
dan ia sangat berguna untuk mereka yang hendak/mahu mengamalkan diet
dulu aku selalu jugak refer kat majalah ni

okay lah aku pendek kan cerita

mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak
akan menyebabkan seseorang itu mengambil makan tengah hari dalam kuantiti yang banyak

jadi, mulalah sarapan pagi anda dengan dua keping roti dan segelas susu segar :D
atau apa-apa sahaja dalam kuantiti yang kecil

lagi cepat turun berat badan, lagi laa cepat berat badan naik
maksudnyaa masa yang diambil untuk berat badan menaik adalah
lebih cepat berbanding turun
katakan lah kita ambik masa dua minggu untuk turun sebanyak 10kg
tetapi masa untuk naik 10kg balik hanya mengambil masa tidak sampai seminggu
percaya takk??
biasanya kalau nak turun 10kg pun
at least makan masa sebulan jugak laa

akudah berpengalaman dalam bab-bab ni
aku mengambil masa dua tahun untuk kurus
tapi sekarang ni takde laa kurus mana pun
dah naik balik dah
almaklumlah makan tak jaga
tapi at least lambat naik
dah empat tahun aku tak jaga makan
aku makan ikut suka hati aku
tapi alhamdulillah takdelah segemuk dulu
dan tak dikategori gemuk lagi laa
sebab apa berat aku lambat naikk??
sebab berat aku lambat turun hahaha

lagi lambat turun, lebih lama kekal bentuk badan tu
dan aku tak pernah nak percaya kat segala macam pil kurus yang ada
sebab bagi aku, kalau asyik bergantung pada pil je
tapi makan tak jaga, sampai ke akhir hayat lah kena makan pil tu
kalau berhenti makan mesti badan akan naik
betul tak ?
pil tu rata-rata berfungsi untuk menyekat selera makan
katakan lah once korang stop makan pil tu
apa akan terjadi pada selera makan korang?
mesti korang rasa nak makan, nak makan dan makan lagi
betul tak ?

sama jugak la bagi sesiapa yang tak makan nasi tu
takkan korang taknak makan nasi dah seumur hidup
mesti nak makan jugak nanti kan
sebab nasi adalah makan utama kita
so, bila dah lama korang tak makan nasi
and tetiba korang mula makan nasi
aku yakin berat korang mesti senang naik

diet ni sebenar
kurangkan makan
bukan tak makan langsung
kurangkan minum air manis, makanan berlemak,
fast food, dan segala makanan yang mengandungi high fat

disamping diet tu, bersukan laa
sebab diet tanpa bersukan, susah nak turun
dan ada juga bagi sesetengah orang
kalau mengambilkan diet sahaja memang tak jalan
dia kena bersukan juga
keluarkan peluh, bakar lemak-lemak yang berlebihan tu
jangan merungut la kalau korang dah diet
tapi tak kurus-kurus
sebab korang tak bersukan

kadang-kadang faktor metabolism jugak
macam aku, metabolism aku rendah
tapi at least aku minat bersukan
dan sekarang ni sedang bergiat main pada waktu petang hee
salah satu yang buat aku sedar
yang aku punya metabolism rendah ialah
aku tak tahan sejuk
dan bila aku diet tanpa sukan,
berat aku tak turun-turun
so, korang macam mana?

fikir-fikirkan laa
agak-agak tak berapa sure tu
rujuk la majalah kesihatan
ada faedah nya korang beli majalah kesihatan tu
daripada beli ujang, utopia, mangga, media blablabla
okay laa asar dah masuk
ini je laa daripada aku buat kali ni
daa~

Loves,dila♥

Friday, June 10, 2011

first week

first of all

assalamualaikum wbt

okayy I know I never begin my entry with salam
tapi tak salahkan kalau kita nak berubah kepada yang lebih baik
biar sedikit/kecil sesuatu amalan/perubahan asalkan kita beristiqamah :)

I want to talk about my first week in CFS
so far I had met all my lecturers for this semester except Physics lecturer
andd I'm still wondering how she's look like ngee~

I have two lecturers with Arabic language as their mother tongue
and it quiet difficult for me to understand them
I mean err.. I couldn't get what they saying at the front
everytime I lose my focus hehe

another lecturer which is Chemistry lecturer
alhamdulillah she is malay!~
I did skipped her class once hehe
(I was busy for add and drop session okay)
got rumours said she's kinda like that and this
but when I meet her for the first day
she quite good actually
I like the way she teaching
kinda like a fresh graduated student hehe
meaning, it is good okay!
she teaches from A to Z

Yesterday is my first class for chemistry and computer(programming)
and my lecturers had covered one chapter in one day for both subject
in one day I learnt two chapter
and I was like WOW
because my friends from other group haven't start the lesson yet
and today I learnt one quarter of a chapter for Understanding Islam
I learnt about Jibril Hadith
and the lesson was fully in English
@_@

FULLSTOP

I want to tell you guys
that I won't be able to update my blog more often
it is due to the internet connection
I have got to stay at level 6
and the internet connection is not really good

I have to go for now~
daaa~


Loves,dila♥

Friday, June 3, 2011

Stress!!

hahaha
kalau korang baca topik ni mesti ingat aku stress kan kan kan :P
okayy disebabkan dah lama aku tak update blog
so, malam tadi before aku tidur
banyaklah pulak idea datang
so, hari ni aku nak pulun habis-habis hahaha
okay, kali ni aku nak share sikit lahh
apa yang aku buat kalau aku stress
InsyaAllah korang pun boleh cuba
untuk melihat keberkesanannya :D



Just Turn Around andd Leave Quietly and No One Gets Hurt
aku sangat setuju dengan statement di atas
yelah biasanya kalau aku tengok kebanyakan orang kalau stress
segala barang yang ada dekat dengan dia
tak kiralah kerusi ke meja ke botol air ke
kalau stress, mesti nak campak semua tu kat dinding
selagi tak puas, selagi tu la dia nak campak
hentam itu hentam ini
almaklumlah nak menunjukkan betapa bengangnya / stress nya dia
nasib baik laa dia tak sekuat mr.muscle
kalau tak, habis sekali dengan orang yang dia bengang tu,
dia akan angkat dan campak ke dinding hahaha

kalau aku laaa, aku akan

1. cari tempat untuk menyendiri
aku suka duduk sorang-sorang kalau aku tengah bengang, marah
kalau tak, habis semua orang yang dekat dengan aku time tu
mesti kena marah, sound
tak pasal-pasal free je dapat daripada aku
tapi takde laa tak pasal-pasal kena
kalau korang senyap, tak tegur aku, takde la kena hehe
dan kalau korang tegur aku elok-elok
dalam erti kata lain, nak tenangkan aku pun
takde la aku nak sound
dan aku paling tak suka
bila aku tengah bengang, marah
boleh pulak orang nak tanya aku macam-macam soalan
lagi laa aku hangin hehe

2. cakap sorang-sorang
yelah, kalau dah duduk sorang-sorang
mestilah cakap sorang-sorang, betul tak ?
ada orang kategori kan sebagai membebel
dan ada juga orang label sebagai gila
tapi, ada aku kesahh?? hahaha
aku bagitau korang kan
serious berkesan
korang cakap je apa yang korang rasa
lepaskan segala-galanyaa (jangan sampai maki-maki dah la)
lepas tu kan mesti korang akan lega
dan lupaa dengan apa yang korang bengangkan tu
try laa :D

3. tidur
bila dah duduk sorang-sorang
lepas tu dah penat cakap sorang-sorang
apa lagi, tidur laa
bila korang bangun, InsyaAllah korang akan lupa segala-galanya
tapi depends jugak pada seberapa besar problem korang

4. gelak, ketawa puas-puas
haa! kalau yang ni takde lah gelak, ketawa sorang-sorang
sah-sah orang akan label kau gila
kau buat laa lawak dengan member korang
lepas tu gelak laa sepuas mungkin
walaupun lawak korang tak kelakar :P
tapi kan,
ada orang cakap, kalau gelak banyak nanti ilmu senang keluar
tapi aku tak pernah nak berapa percaya dengan benda ni
sebab aku selalu gelak hahaha
tapi takde lah gelak macam setan, berdekah-dekah tak sopan tu
bagi aku, aku akan gelak gila-gila bila aku nak sembunyi kan stress aku
ataupun nak hilangkan stress aku
puas gelak, ibarat macam kita dapat keluar
dan buang problem tu jauh-jauh
heee :D

5. solat + berdoa
dan yang ni paling mustajab laa
dan sebagai orang Islam, walau apa pun terjadi
kita mesti mengadu pada yang Esa dulu
barulah kita mengadu pada teman-teman rapat kita
tak kesah la benda yang menggembirakan ke atau yang sedih ke
lepas solat, kita mesti akan berdoa, bukan ?
dan kita akan dianggap makhluk yang paling sombong di muka bumi ni
sekiranya tidak berdoa selepas solat (ini apa yang aku pernah terbaca laa)
dan masa berdoa tu,
korang luahkan segala-galanyaa
mohon hindarkan musibah ni dan gantikan ia dengan yang lebih baik
doakan yang baik-baik untuk diri kita dan orang lain
tapi ingat! jangan doa yang buruk-buruk untuk orang lain
memang Allah akan makbulkan doa kita tu
tapi at the same time kita akan dapat dosa

6. baca Al-Quran
lepas solat, berdoa..korang mengaji laa pulakk
ikhlaskan diri tu untuk mengaji
bergayut dengan boyfriend / girlfriend lama-lama boleh pulakk
sms panjang berjela-jela, berjam-jam
tapi bila nak baca Al-Quran, bukan main liat lagi
oppsss!
aku harap korang bukan macam tu la kann
dan maaf kepada yang terasa :(
okayy cuba fahamkan maksud ayat yang dibaca bagi yang mampu
kalau tak faham tu, rajin-rajinlah bukak terjemahan Al-Quran
tapi yang paling penting bacalah seikhlas hati
jangan baca sebab nak menunjuk-nunjuk sudah laa, nauzubillah.
dan sambil membaca tu niatlah
dan berdoalah semoga hati kita akan tenang
dan hilang segala kekusutan yang melanda

7. luahkah pada teman baik
carilah teman yang boleh dipercayai menyimpan rahsia kita
dan teman yang boleh memberi kita nasihat
setelah mendengar masalah kita
tapi awas! jangan tersalah pilih kawan
takut nanti akan diheboh-hebohkan pulaa
dan bila nak cerita kat orang tu,
janganlah kat semua orang kita nak bercerita
nanti jadi mengumpat pulakk. nauzubillah.
meluahkan masalah kita kat orang lain ni
memang rata-rata orang akan buat
tapi aku, aku tak berapa suka nak bercerita kat orang
so, untuk menceritakan problem aku kat orang adalah pilihan terakhir
bila aku memang betul-betul memerlukan seseorang untuk bercerita
barulah aku bukak mulut bercerita tapi itu pun aku akan fikir dua kali
hahaha

8. dengar lagu
haaa..ini selalu aku buat kalau aku stress belajar
aku akan dengar lagu sambil belajar
lebih-lebih lagi kalau study maths
otak tak jalan kalau tak dengar lagu der hahaha
bukan setakat dengar je, aku siap nyanyi-nyanyi lagi
nak lepaskan stress katakan
tapi aku tengok tempat jugak laa
kalau roommate aku jenis tak boleh study sambil dengar lagu
takde laa aku nyanyi kat situ jugakk
cari laa tempat takde orang
lepas tu melalak laa puas-puas hehe

pendek kata,
kalau se-stress mana pun kita,
walau se-bengang / marah mana pun kita pada seseorang
janganlah cari pasal / sakitkan hati orang
dan janganlah balas perbuatan yang jahat balik kepadanya
kerana itulah dendam namanya

sejahat-jahat mana pun orang tu dengan kita
sekiranya dia taubat dengan taubat nasuha
dan Allah mengampunkan segala dosa-dosanya
dan juga sekiranya orang-orang yang telah dia lakukan dosa padanya
juga redha dan tidak mengungkit akan kesalahannya
nescaya Allah juga akan mengampunkan segala dosanya dan
meletakkannya di tempat yang mulia dan terbaik untuknya.
InsyaAllah.


Loves,dila♥

Bajet je!

okayy start from now on aku nak tulis
dalam versi malay
tapi ada laa campur-campur sikit
bahasa asing tu, English
dulu konon-konon nak improve English
so, bertekadlah nak tulis totally in English
hasil experiment aku,
aku ni lack of vocabs.. ngeh3~ (malas nak membaca, padan muka aku! HAHA)
oleh sebab itu, ayat aku pun hampir sama
untuk setiap post.. (sangat membosankan hahaha)
dah-dah FULLSTOP.

berbalik pada topik,
kalau orang cakap kat korang "ek eleh, bajet je"
apa korang rasa ekk??
kalau aku laa, aku tengok keadaan dan situasi
ada yang aku boleh terima ada yang aku tak boleh terima

okayy macam yang kat bawah ni
situasi aku dalam perjalanan pulang ke kampus (10.40am)
konon-konon nak register awal laa hahaha

member : "Yo, salam. pe cer?"

aku : "baru bertolak laa hahaha"

member : "Ek eleh. bajet je"

tengok, tak pasal-pasal aku kena
aduhh -.-#
okayy sambung lagi
waktu ni aku sabar dulu
walaupun agak bengang dengan statement tersebut

aku : "Bajet pe pulakk?

member : "semalam kata pukul 8"

aku : "huh? bila masa pulakk. yang aku cakap pergi pagi ada laa"

member : "cuba ingat balik kau tulis 8 pagi"

tengok, still jugakk nak cakap dia betul -.-'
ambik laa ambik laa tapi aku takkan mengalah!
asyik-asyik aku je nak mengalah
sesekali nak menang jugak
aku pun check laa mesej aku dengan dia semalam
mana la tau memang betul aku yang salah
fuhh! nasib baik aku tak delete lagi..

aku : "cuba kau baca mesej aku. aku dah check banyak kali.
yang aku cakap, "yupp esok pagi"


member : "aik? sowi2. mataku salah. haha. mesej sapa aku baca
eh? hahaha
"

lepas tu ada laa mesej konon-konon nak meredakan tegangan
tapi dia tetap gak nak mempertahankan yang dia ada baca mesej
cakap 8 pagi =.='
suka hati kau laa
lagi aku layan, lagi panas membara
lepas tu ada laa dia cerita pasal
dia bangun pukul 8 pagi nak mesej aku
nak tanya pasal registeration laa
blablablabla..

aku malas nak percaya kat kau lagi laa
(takde la 100% tak percaya, depends on certain situation)
kau nak tau kenapa?
sebab aku dah nampak your true colour
sorry laa depan kau memang aku kelihatan seperti orang bodoh
percaya dengan apa segala kau cakap
tapi hakikatnya hati aku mengatakan kau sedang berbohong
aku dah banyak kali bagi kau peluang
tapi kau sendiri yang menolak
so, lepas ni jangan tanyalah kenapa aku dah berubah

aku faham sebab apa kau tipu aku
aku dah banyak kali mengalah
kenapa kau tak berterus terang je dengan aku?
come on lah.. aku ni bukan jenis pemaksa orangnyaa
aku ni jenis faham bahasa
aku tau kau taknak cerita masalah kawan kita tu
walaupun pada hakikatnya kau tau masalah dia
tapi dengan aku, kau cakap kau tak tahu
dan dia tak cerita kat kau
come on lahh
berterus terang je laa

cuba cakap "yupp aku tahu masalah dia tapi aku
tak boleh nak beritahu kau sebab aku dah janji dengan dia
takkan bagitau sapa-sapa
"

haa kan senang
takde laa aku cakap kau ni penipu orangnya
kalau aku laa
orang suruh aku pilih
antara janji dengan kawan
aku akan pilih janji
aku faham dengan situasi kau
so, takde laa aku nak tanya lebih-lebih
understand??

okay kepada readers yang tertanya-tanya
kenapa aku pilih janji instead of friends
korang fikir lah sendiri (hehe jangan marah :P)

so, moral of the story;
jangan sesuka hati nak cakap orang bajet
andd
perlulah sentiasa jujur walaupun sepahit hempedu
tapi kalau dengan stranger tu tak payah la jujur
sah-sah kita tak kenal orang tu

persahabatan akan bertambah indah kalau kita sentiasa jujur dengan sahabat kita
betul takk?
:D

renung-renungkanlah...

apabila mencari kawan,
berkawanlah dengan orang yang menjual minyak wangi,
sekurang-kurangnya kita dapat mencium baunya
dan janganlah berkawan dengan tukang besi
kerana takut nanti akan terkena percikan api


Loves,dila♥