Saturday, January 9, 2010

hurmmmm..

12.25am


Haaa.. Hari ni mood aku dah okay sikit. I feel much better now. Hari ni jugak mak aku belikan aku buku "Basic English Conversations". Tak dapat pergi kelas BI, dapat buku pun jadi la. Walaupun basic. Mak aku mesti terasa bila aku cakap aku nak kerja no matter what sebab kalau duduk rumah apa boleh buat. Hahaha. Sorry la aku memang tak tahan dan tak boleh nak sembunyi lagi dah kebosanan aku tuh. Terpaksa lepaskan.

Hari nih aku pergi motivasi dekat pusat tusyen smart success. Adik aku yang nak tusyen dekat situ, sekali dengan aku kena pergi motivasi dia. Tak apa la at least dapat jugak sesuatu yang baru dan dekat situ jugak mood aku semakin baik sebab Dr. Malik tuh sangat kelakar dan aku sangat sukakan cara penyampaian beliau. Aku terfikir jikalau aku dapat belajar dengan Dr. Malik dari awal, pasti result spm aku boleh ada jaminan untuk dapat straight As. Tak apa la benda dah lepas, yang penting sekarang nieyh bertawakal.

Di sini aku nak kongsi sikit apa yang aku dapat daripada motivasi tuh.

10 cara untuk mendapat result yang cemerlang.

1. FOKUS DALAM KELAS.
Pandang mata cikgu yang mengajar kita tuh. Ikut jer mana cikgu tuh pergi. 60% daripada yang kita belajar itu datangnya daripada dalam kelas.

2. RAJIN BERTANYA.
Setiap kali tak faham dengan apa yang cikgu ajar tuh, tanya cikgu tuh. Tanya cikgu tuh sampai faham. Berpeganglah pada "Malu Bertanya Sesat Jalan".

3. BUAT NOTA RINGKAS.
Jangan salin bulat-bulat apa yang cikgu cakap dan yang ada dalam buku teks

4. ADAKAN POCKET NOTE.
Pastikan ada pocket note supaya kita tak buang masa begitu saja. Nota kena sentiasa ada dalam poket. Pelajar-pelajar cemerlang semua ada pocket note.

5. HORMAT CIKGU
Jangan melawan cakap cikgu. Jangan kutuk cikgu. Cikgu adalah pendidik, tanpa cikgu tak ada la doktor, engineer, arkitek dan kita tak akan berjaya.

6. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT.
Elakkan makan junk food, makanan yang mengandungi ajinomoto. Hal ini kerana makanan seperti ini akan melembabkan otak dan mengumpul toksik pada minda kita. Bila banyak toksik berkumpul, darah lambat bergerak, bila lambat bergerak, itu yang membuatkan kita lambat faham dengan sesuatu topik.

7. JANGAN BERCINTA.
Orang yang bercinta tuh confirm tak pandai mathematics dan sains [Dr. Malik cakap] sebab biler bercinta dia akan cakap dekat kekasih dia "rindu tak jumpa satu hari sama dengan rindu tak jumpa setahun" buat penat belajar bertahun-tahun last-last benda nih yang dia dapat.
Ada jugak yang cakap "wajahmu secantik bulan purnama". Bukan ker bulan tuh mengerutu?? selain tuh, kapel tuh haram. So, jangan bercinta.

8. BANGUN TENGAH MALAM.
Kalau boleh tiap-tiap malam bangun buat solat tahajud. Selalu buat solat hajat. Jangan tunggu nak exam baru nak buat. Kalau mampu juga, puasa sunat Isnin dan Khamis.

9. BERDISIPLIN.
Buat jadual. Kalau tak ada jadual, kita lebih banyak melakukan aktiviti yang sia-sia. Kenapa semua sekolah ada jadual?? Kalau tak ada, apa akan jadi?? Fikir-fikirkan lah.
Jangan baca buku ikut mood. Kalau cikgu nak masuk kelas ikut mood, apa akan jadi??, student complaint. Sama jugak macam kita, jangan ikut mood nak study.

10. AJAR ORANG.
Teaching is learning. Mengajar orang merupakan cara yang terbaik untuk mengusai sesuatu topik. Lagi banyak kita ajar orang, lagi banyak ilmu kita dapat. Jangan kedekut ilmu. Tanya kawan sebelah sama ada mereka faham atau tidak. Dengan ini jugak mengujikan sama ada kita sudah menguasai sesuatu topik atau tidak. Jika kita tidak menguasai sesuatu topik, masakan kita dapat mengajar orang.


Haa.. itulah ia antaranya yang aku dapat. Rasa macam nak pergi sekolah balik jer. Tiba-tiba semangat nak belajar tuh datang. Takpe-takpe, nanti masa dekat universiti/matriks aku cuba adaptasikan dan buat yang terbaik.
Selain tuh, aku dapat jugak..

Amalkan 6 makanan nieyh untuk menjana minda
1. TEMPE. [dapat membuang toksik dekat minda]
2. BAYAM. [sama jugak macam tempe]
3. PEGAGA. [nak lebih sedap, kisar dengan madu]
4. IKAN TONGKOL. [satu-satunya ikan yang ada omega yang sangat diperlukan oleh badan kita]
5. MENGKUDU. [dapat pecahkan toksik dekat minda]
6. alamak yang ke-6 nieyh lupa la plak. hehe..


Antara lawak Dr. Malik tuh kan.
Kenapa siput babi jalan lambat??
Jawapannya, kan orang kalau berfikir jalan lambat. So, Siput babi tuh sebenarnya sedang berfikir, aku nieyh siput ker babi?? siput ker babi??

Pastuh, orang asli nieyh memang susah sikit nak ajar mereka nieyh. Alkisahnya macam nieyh, ada orang tuh ajar orang asli yang baru masuk Islam nieyh. Orang tuh ajar, orang Islam tak boleh bela babi. Dekat perkampungan orang asli tuh pulak ada bela babi. Pastu, orang tuh pun pulang ke tempat asalnya. Seminggu lepas tuh, orang tuh datang balik. Orang tuh kagum, dalam masa seminggu jer babi-babi tuh dah tak ada, hilang. Dah tak ada babi-babi berkeliaran, habis licin. Orang tuh pun ajar la orang asli tuh. Habis saja kelas, orang tuh tanya kat orang asli nieyh, "Mana pergi semua babi-babi yang ada dekat sini??". Pastu, orang asli tuh pun jawab, "Kami makan kesemua babi yang ada". Orang tuh tanya "Kenapa makan babi?? Babi kan haram dimakan". Pastu orang asli tuh pun kata, "Tuan ajar kami tak boleh bela babi, tak kata pulak tak boleh makan babi".

Loves,dila♥

No comments: