Tuesday, January 5, 2010

Mengikis tabiat buruk

2.23pm


Ermm.. hari ni aku nak kongsikan sikit cara untuk mengikis tabiat buruk.
Setiap orang pasti ada tabiat buruk yang tersendiri. Sama ada sedar atau tidak.
Tabiat buruknya seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan dan sebagainya.
Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian. Contohnya :
1. Setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja.
2. Tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka pasti diminta pinjam.
3. Pasti ada perkara yang diumpatnya setiap kali diajak berbual.
4. Suka mencari kesalahan orang lain dan tidak menerima pandangan dari orang. Segala yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.

Pasti ramai yang mahu mengikis tabiat buruk tersebut tetapi tidak tahu cara yang betul untuk mengatasinyakan ;)

1. Lakukan perubahan secara perlahan

Jangan lakukan secara drastik kerana hal ini akan menyebabkan kita cepat putus asa dan kembali semula pada tabiat lama.

2. Sentiasa beringat

Kita pasti ada ditegur oleh sahabat-sahabat kita, ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja mengenai tabiat buruk kita. Sentiasalah beringat agar kita tidak mengulangi tabiat tersebut pada masa akan datang.

3. Mesti ada kemahuan dan semangat yang tinggi

Dalam pepatah Melayu pun ada berkata "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jika kita mahukan sesuatu pasti kita akan mengusahakannya sehingga kita berjaya. Jika kita memang tidak mahu berubah, masakan kita mampu berubah.

4. Muhasabah diri

Selami dan fahami tabiat buruk kita. Fikirkan natijah yang akan terjadi jika kita terus mempraktikkan tabiat buruk itu.

5. Sabar

Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut. Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin kita beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari kita mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.

6. Berdoa

Berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang. Setelah berusaha bersungguh-sungguh dan diiringi dengan doa, insyaAllah lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri kita.

Loves,dila♥

No comments: