Thursday, January 7, 2010

ahhhhhhhhhhh~~~

9.40pm

ahhhhh.. sekali lagi! aku tak suka!
Tadi aku dah bincang elok-elok dengan mak aku. Mak aku nampaknya macam dah setuju nak masukkan ke kelas BI.
Kelas tuh dekat Bandar Seri Putra. Isnin sampai Khamis. Dari pukul 2.30ptg sampai 4.30ptg. Tapi bayaran dia agak mahal la RM650.
Kalau bagi aku kerja dari dulu kan dah ringan sikit beban tuh. Aku boleh guna duit gaji aku tuh untuk bayar yuran klas BI nieyh.

Aku ingat inilah harapan aku. Aku dapat rasakan seolah-olah ada satu cahaya yang datang. Yang menyinari hidup aku. Aku terlalu excited! Sampaikan aku minta pendapat cikgu kaunseling sekolah aku. Pendapat tentang patutkah aku bekerja sambilan atau mengambil kelas BI. Sesuatu perkara yang berbeza akan aku lalui selepas ini.

Tapi..
Sekali lagi menjadi igauan aku! Ia seolah-olah mimpi. Mimpi yang muncul sewaktu kita sedang tidur dan akan hilang setelah kita sedar dari tidur.
Begitulah yang aku alaminya tadi. Kenapa?? Mengapa??

Aku tak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Sampai biler aku harus bersabar?? sampai result spm keluar?? sampai aku dah nak masuk universiti??

Sesuatu perubahan tidak akan berlaku sekiranya kira sendiri yang tidak mahu mengubahnya.

Aku cukup terkilan. Sudah banyak kali aku cuba untuk menggubah kehidupan aku selepas spm. Tapi semuanya hancur. Hanya tinggal harapan. Aku sudah cukup baik minta pendapat, restu daripada parenz aku. Tapi.. setiap kali aku beritahu mereka, pasti mereka tidak setuju dengan aku.

Kalau benda tuh jahat, mereka tak setuju, aku tak kisahlah. Tapiiii..
Adakah patut untuk aku membuat sesuatu keputusan tanpa pengetahuan mereka??
Lepas aku dah lakukan sesuatu baru aku beritahu mereka?? Kalau aku ikutkan hati, YA sahaja. Buatlah apa yang aku nak buat tanpa pengetahuan mereka. Aku dah tak tahan lagi. Setiap kali aku mesej kawan-kawan aku, semuanya ada aktiviti tersendiri; ambik lesen, kerja. Tapi, tiap kali kawan aku tanya aku, apa yang aku jawab?? duduk rumah layan internet jer. Aku dah bosan. Aku dah bosan. Aku dah bosan!

Dan aku rasakan sekarang... Sesuatu yang sangat kuat.. Aku harus lakukan sendiri.. Tanpa pengetahuan mereka.. Tapi.. aku BUKAN jenis macam tuh!
Apa sahaja yang aku lakukan mesti sampai ke pengetahuan parenz aku. Tapi kalau keadaan macam ini terus berlaku... macam mana nieyh?? Tolonglah aku!

"Ya Allah, Engkau berilah aku petunjuk, hidayah dan pimpinlah aku ke jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai...Sesungguhnya aku tidak tahu lagi apa yang patut aku lakukan. Setiap kali aku meminta pendapat kedua-dua ibu bapaku, pasti mereka tidak setuju dengan aku. Seribu alasan mereka berikan. Engkau bukakanlah hati mereka. Engkau berilah mereka hidayah supaya aku dapat lakukan yang terbaik untuk diriku ini... aminnnnn..."

Loves,dila♥

No comments: