Tuesday, January 19, 2010

kejee

11.06pm


sedar tak sedar dah 19hb rupanya hari nieyh. Dah lama jugak aku duduk rumah.
kebosanan, melayan cerita-cerita di televisyen yang semakin mengarut tuh.
Cucu betong dah habis. Disambung pulak dengan cerita Mayang Mengurai.
Nak jugak ada sihir-sihir tuh. hahaha

sekarang nieyh aku lebih kepada cerita cina. Love in The Vineyard! pukul 11.30pg sampai pukul 12.30 tengah hari dekat 8TV. Best jugak cerita nieyh walaupun aku baru saja start tengok cerita nieyh. haha
Pastu disambung pula dengan cerita cina, C.I.D kul 1.30 - 2.30ptg.. Lepas cerita tuhh sambung pulak cerita Classic Returns (My Fair Princess) dari kul 2.30 - 3.30ptg.. Begitulah rutin aku pada hari Isnin sampai Jumaat.

aku pulak selalu online waktu tengah hari selepas cerita Love in The Vineyard takpun selepas cerita C.I.D dan aktif jugak pada waktu malam. Waktu malam pula tak menentu. Ikut mood nak online tapi yang pasti tak lebih dari 12.30tengah malam. kadang-kadang terlajak jugak sampai pukul 1pg ke 2pg. huhu! pada waktu petang pulak, aku baca novel. baru nak start. nak tukar rutin harian katakan. kalau tak, sebelum nieyh online jer.
sekarang nieyh aku sedang berusaha untuk limitkan waktu aku online.

tadi parents aku keluar sekejap. maybe pergi tempat tusyen adik aku tuh. daftar dia dekat situ. Balik jer rumah tanya aku nak kerja ke tak. Of coursela aku nak. dah bosan duduk rumah nieyh. tetiba plak cakap aku dah dapat kerja. tp tak confirm lagik. nak tengok aku boleh bekerja ke tak.
Dr. Malik suruh aku datang esok pukul 10.30pg. aisyh! gemuruh beb! Dr. Malik tanya ayah aku, komunikasi aku ok ke tak. alamakk! komunikasi la paling aku low. aku kena belajar la pasal komunikasi nieyh. lemah beb!

camner eh?? satu benda yang bermain dekat kepala aku nieyh, bantai jer esok. apa nak jadi pun jadilah. yang penting dapat pengalaman! mana yang salah atau yang memalukan tuh jadikan pengajaran. yeah!! aku tak dapat bayangan macam mana aku dekat situ nanti. kena menghadapi parents-parents yang nak daftar anak. kena pandai bertutur. wah-wah secara tak langsung nieyh yang menaikkan semangat aku untuk tingkatkan skill komunikasi aku.

plus, aku kena pakai baju kurung. yelah first impression katakan. haha
dah lama jugak aku tak pakai baju kurung. berdebar-debar rasanya. perkara baru yang akan aku alami. aku dah mula beranikan diri aku untuk bertanya, masa dekat Karnival Jom Masuk U tempoh hari. mula-mula macam melalut sikit aku cakap. aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap masa tuh! haha apa-apa pun harap-harap esok berjalan lancar semuanya. aminn..

Loves,dila♥

No comments: