Friday, June 3, 2011

Stress!!

hahaha
kalau korang baca topik ni mesti ingat aku stress kan kan kan :P
okayy disebabkan dah lama aku tak update blog
so, malam tadi before aku tidur
banyaklah pulak idea datang
so, hari ni aku nak pulun habis-habis hahaha
okay, kali ni aku nak share sikit lahh
apa yang aku buat kalau aku stress
InsyaAllah korang pun boleh cuba
untuk melihat keberkesanannya :D



Just Turn Around andd Leave Quietly and No One Gets Hurt
aku sangat setuju dengan statement di atas
yelah biasanya kalau aku tengok kebanyakan orang kalau stress
segala barang yang ada dekat dengan dia
tak kiralah kerusi ke meja ke botol air ke
kalau stress, mesti nak campak semua tu kat dinding
selagi tak puas, selagi tu la dia nak campak
hentam itu hentam ini
almaklumlah nak menunjukkan betapa bengangnya / stress nya dia
nasib baik laa dia tak sekuat mr.muscle
kalau tak, habis sekali dengan orang yang dia bengang tu,
dia akan angkat dan campak ke dinding hahaha

kalau aku laaa, aku akan

1. cari tempat untuk menyendiri
aku suka duduk sorang-sorang kalau aku tengah bengang, marah
kalau tak, habis semua orang yang dekat dengan aku time tu
mesti kena marah, sound
tak pasal-pasal free je dapat daripada aku
tapi takde laa tak pasal-pasal kena
kalau korang senyap, tak tegur aku, takde la kena hehe
dan kalau korang tegur aku elok-elok
dalam erti kata lain, nak tenangkan aku pun
takde la aku nak sound
dan aku paling tak suka
bila aku tengah bengang, marah
boleh pulak orang nak tanya aku macam-macam soalan
lagi laa aku hangin hehe

2. cakap sorang-sorang
yelah, kalau dah duduk sorang-sorang
mestilah cakap sorang-sorang, betul tak ?
ada orang kategori kan sebagai membebel
dan ada juga orang label sebagai gila
tapi, ada aku kesahh?? hahaha
aku bagitau korang kan
serious berkesan
korang cakap je apa yang korang rasa
lepaskan segala-galanyaa (jangan sampai maki-maki dah la)
lepas tu kan mesti korang akan lega
dan lupaa dengan apa yang korang bengangkan tu
try laa :D

3. tidur
bila dah duduk sorang-sorang
lepas tu dah penat cakap sorang-sorang
apa lagi, tidur laa
bila korang bangun, InsyaAllah korang akan lupa segala-galanya
tapi depends jugak pada seberapa besar problem korang

4. gelak, ketawa puas-puas
haa! kalau yang ni takde lah gelak, ketawa sorang-sorang
sah-sah orang akan label kau gila
kau buat laa lawak dengan member korang
lepas tu gelak laa sepuas mungkin
walaupun lawak korang tak kelakar :P
tapi kan,
ada orang cakap, kalau gelak banyak nanti ilmu senang keluar
tapi aku tak pernah nak berapa percaya dengan benda ni
sebab aku selalu gelak hahaha
tapi takde lah gelak macam setan, berdekah-dekah tak sopan tu
bagi aku, aku akan gelak gila-gila bila aku nak sembunyi kan stress aku
ataupun nak hilangkan stress aku
puas gelak, ibarat macam kita dapat keluar
dan buang problem tu jauh-jauh
heee :D

5. solat + berdoa
dan yang ni paling mustajab laa
dan sebagai orang Islam, walau apa pun terjadi
kita mesti mengadu pada yang Esa dulu
barulah kita mengadu pada teman-teman rapat kita
tak kesah la benda yang menggembirakan ke atau yang sedih ke
lepas solat, kita mesti akan berdoa, bukan ?
dan kita akan dianggap makhluk yang paling sombong di muka bumi ni
sekiranya tidak berdoa selepas solat (ini apa yang aku pernah terbaca laa)
dan masa berdoa tu,
korang luahkan segala-galanyaa
mohon hindarkan musibah ni dan gantikan ia dengan yang lebih baik
doakan yang baik-baik untuk diri kita dan orang lain
tapi ingat! jangan doa yang buruk-buruk untuk orang lain
memang Allah akan makbulkan doa kita tu
tapi at the same time kita akan dapat dosa

6. baca Al-Quran
lepas solat, berdoa..korang mengaji laa pulakk
ikhlaskan diri tu untuk mengaji
bergayut dengan boyfriend / girlfriend lama-lama boleh pulakk
sms panjang berjela-jela, berjam-jam
tapi bila nak baca Al-Quran, bukan main liat lagi
oppsss!
aku harap korang bukan macam tu la kann
dan maaf kepada yang terasa :(
okayy cuba fahamkan maksud ayat yang dibaca bagi yang mampu
kalau tak faham tu, rajin-rajinlah bukak terjemahan Al-Quran
tapi yang paling penting bacalah seikhlas hati
jangan baca sebab nak menunjuk-nunjuk sudah laa, nauzubillah.
dan sambil membaca tu niatlah
dan berdoalah semoga hati kita akan tenang
dan hilang segala kekusutan yang melanda

7. luahkah pada teman baik
carilah teman yang boleh dipercayai menyimpan rahsia kita
dan teman yang boleh memberi kita nasihat
setelah mendengar masalah kita
tapi awas! jangan tersalah pilih kawan
takut nanti akan diheboh-hebohkan pulaa
dan bila nak cerita kat orang tu,
janganlah kat semua orang kita nak bercerita
nanti jadi mengumpat pulakk. nauzubillah.
meluahkan masalah kita kat orang lain ni
memang rata-rata orang akan buat
tapi aku, aku tak berapa suka nak bercerita kat orang
so, untuk menceritakan problem aku kat orang adalah pilihan terakhir
bila aku memang betul-betul memerlukan seseorang untuk bercerita
barulah aku bukak mulut bercerita tapi itu pun aku akan fikir dua kali
hahaha

8. dengar lagu
haaa..ini selalu aku buat kalau aku stress belajar
aku akan dengar lagu sambil belajar
lebih-lebih lagi kalau study maths
otak tak jalan kalau tak dengar lagu der hahaha
bukan setakat dengar je, aku siap nyanyi-nyanyi lagi
nak lepaskan stress katakan
tapi aku tengok tempat jugak laa
kalau roommate aku jenis tak boleh study sambil dengar lagu
takde laa aku nyanyi kat situ jugakk
cari laa tempat takde orang
lepas tu melalak laa puas-puas hehe

pendek kata,
kalau se-stress mana pun kita,
walau se-bengang / marah mana pun kita pada seseorang
janganlah cari pasal / sakitkan hati orang
dan janganlah balas perbuatan yang jahat balik kepadanya
kerana itulah dendam namanya

sejahat-jahat mana pun orang tu dengan kita
sekiranya dia taubat dengan taubat nasuha
dan Allah mengampunkan segala dosa-dosanya
dan juga sekiranya orang-orang yang telah dia lakukan dosa padanya
juga redha dan tidak mengungkit akan kesalahannya
nescaya Allah juga akan mengampunkan segala dosanya dan
meletakkannya di tempat yang mulia dan terbaik untuknya.
InsyaAllah.


Loves,dila♥

No comments: