Sunday, June 12, 2011

D.I.E.T

assalamualaikum w.b.t

hee dah berapa hari agaknya tak post new entry eh >.<

okay tadi sewaktu lunch ada seorang kawan aku cakap pasal diet
dan aku yakin pasti perempuan-perempuan di luar sana pun ada yang tengah on diet
boleh dikatakan majoriti lah yang mengamalkan diet ni
adalah dalam kalangan wanita.. setuju takk?

kebanyakan yang aku jumpa
semuanya tak makan nasi
dan ada yang lebih teruk lagi tak makan langsung
hanya makan biskut sekeping dua je
adakah ini yang dinamakan diet?
cukup ke segala nutrient yang diperlukan badan?
berapa lama korang boleh tahan dengan gaya pemakanan yang macam tu?
tak terasa seksa ke?
sanggup berlapar sebab nak kurus
yang dah kurus dan kurus lagi
sampai dah tinggal tulang baru nak dikatakan kurus ke?
GILA namanya tu
biarkan perut kita lapar dan tidak mengisikan makanan
sudah dikira sebagai menzalami diri sendiri.
korang sedar tak ni semua?
takkan nak zalimi diri sendiri kot
come on lah berdosa tahu tak?

for me, I don't think it is good for you
as you cut your meals (breakfast, lunch)
and sometimes, they only take their dinner in a day
do you know that breakfast is the most important meal in our life ?
because breakfast is the beginning for your stomach (to start the engine) to process food
mcm kereta laa jugak
sebelum nak jalan, mesti kena panaskan engin kereta dulu
betul tak ?

aku ada terbaca satu artikel kat majalah rapi
pernah dengar tak majalah tu? salah satu majalah kesihatan
dan ia sangat berguna untuk mereka yang hendak/mahu mengamalkan diet
dulu aku selalu jugak refer kat majalah ni

okay lah aku pendek kan cerita

mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak
akan menyebabkan seseorang itu mengambil makan tengah hari dalam kuantiti yang banyak

jadi, mulalah sarapan pagi anda dengan dua keping roti dan segelas susu segar :D
atau apa-apa sahaja dalam kuantiti yang kecil

lagi cepat turun berat badan, lagi laa cepat berat badan naik
maksudnyaa masa yang diambil untuk berat badan menaik adalah
lebih cepat berbanding turun
katakan lah kita ambik masa dua minggu untuk turun sebanyak 10kg
tetapi masa untuk naik 10kg balik hanya mengambil masa tidak sampai seminggu
percaya takk??
biasanya kalau nak turun 10kg pun
at least makan masa sebulan jugak laa

akudah berpengalaman dalam bab-bab ni
aku mengambil masa dua tahun untuk kurus
tapi sekarang ni takde laa kurus mana pun
dah naik balik dah
almaklumlah makan tak jaga
tapi at least lambat naik
dah empat tahun aku tak jaga makan
aku makan ikut suka hati aku
tapi alhamdulillah takdelah segemuk dulu
dan tak dikategori gemuk lagi laa
sebab apa berat aku lambat naikk??
sebab berat aku lambat turun hahaha

lagi lambat turun, lebih lama kekal bentuk badan tu
dan aku tak pernah nak percaya kat segala macam pil kurus yang ada
sebab bagi aku, kalau asyik bergantung pada pil je
tapi makan tak jaga, sampai ke akhir hayat lah kena makan pil tu
kalau berhenti makan mesti badan akan naik
betul tak ?
pil tu rata-rata berfungsi untuk menyekat selera makan
katakan lah once korang stop makan pil tu
apa akan terjadi pada selera makan korang?
mesti korang rasa nak makan, nak makan dan makan lagi
betul tak ?

sama jugak la bagi sesiapa yang tak makan nasi tu
takkan korang taknak makan nasi dah seumur hidup
mesti nak makan jugak nanti kan
sebab nasi adalah makan utama kita
so, bila dah lama korang tak makan nasi
and tetiba korang mula makan nasi
aku yakin berat korang mesti senang naik

diet ni sebenar
kurangkan makan
bukan tak makan langsung
kurangkan minum air manis, makanan berlemak,
fast food, dan segala makanan yang mengandungi high fat

disamping diet tu, bersukan laa
sebab diet tanpa bersukan, susah nak turun
dan ada juga bagi sesetengah orang
kalau mengambilkan diet sahaja memang tak jalan
dia kena bersukan juga
keluarkan peluh, bakar lemak-lemak yang berlebihan tu
jangan merungut la kalau korang dah diet
tapi tak kurus-kurus
sebab korang tak bersukan

kadang-kadang faktor metabolism jugak
macam aku, metabolism aku rendah
tapi at least aku minat bersukan
dan sekarang ni sedang bergiat main pada waktu petang hee
salah satu yang buat aku sedar
yang aku punya metabolism rendah ialah
aku tak tahan sejuk
dan bila aku diet tanpa sukan,
berat aku tak turun-turun
so, korang macam mana?

fikir-fikirkan laa
agak-agak tak berapa sure tu
rujuk la majalah kesihatan
ada faedah nya korang beli majalah kesihatan tu
daripada beli ujang, utopia, mangga, media blablabla
okay laa asar dah masuk
ini je laa daripada aku buat kali ni
daa~

Loves,dila♥

2 comments:

ajue said...

fuhh!! hbis jgak. penat nak bace...ada betulnye kenyataan hang..huhuhu...

dila said...

panjang kan?? inilah dia kalau post entri versi malay..haha

There was an error in this gadget