Saturday, June 25, 2011

am home :D

assalamualaikum w.b.t

first of all,
sorry 'cuz dah lama tak update blog.
I'M SO SORRY
kelas takde la pack mana
cumaa wireless yang kadang-kadang menghampakan
dan buat masa ini aku tak dapat nak online
kerana aku tak dapat access the provided wireless
but I'll try again next time okay :)

errmm...okay based on the given title
I'M HOME! weee~ :D
itu yang boleh update blog
blog kawan-kawan aku banyak dah aku ketinggalan
gara-gara masalah teknikal
sorry guys
but I'll try to read your blog as soon as possible :D

nak cerita apa ek untuk entri kali ni ?
errmm.. haaa! let's talking about hot-temper
M A R A H
biasanya sinonim dengan perempuan-perempuan yang datang bulan
be open minded k
benda ni biasa berlaku dalam kalangan perempuan
lebih-lebih lagi apabila seseorang itu bulan penuh ;P
tapi tak semua laa yang macam tu

tapi ada sorang ni pelik sikit
boleh dikatakan sepanjang masa nak marah-marah, takde mood
cakap sikit nak melenting
bukannya aku sakitkan hati dia pun
it's just a joke ok
itu pun nak melenting, padahal takde kena mengena dengan dia pun
entahlah susah jugak kan bercakap dengan orang keras kepala ni
asyik-asyik dia je nak betul
dan bila aku betulkan fakta dia yang salah tu
mula laa dia nak tinggikan suara, buat muka
macam seolah-olah dia tau semua benda
dan aku ni macam lurus + bodoh
tak tahu apa-apa macam katak bawah tempurung
tak boleh nak bagi opinion langsung
apakehal ?

dan aku ni pulak jenis tengok orang,
kalau orang tu kerja asyik nak marah je
jangan harap lah aku nak tegur, gurau-gurau dengan orang tu
lately ni aku macam dah berani pulak nak meninggikan suara kat dia
dahsyat kan.. seriously, aku tak pernah nak tinggikan suara kat orang
ni kira first time laa aku buat macam ni
terdiam jugak dia tu bila dah kena
hahaha

tapi lepas tu jadi balik
aku pun apa lagi
belah la dari tempat tu, buat rosak mood aku je
dan bila jumpa dia lagi
aku tak tegur dia instead dia yang tegur aku dulu
aku ni ada ego nya jugakk

aku tak suka orang pijak kepala aku
dan lately ni aku rasa macam kepala aku dipijak-pijak
dan asyik kena ikut cakap dia je
kalau tak mesti dia buat muka
muka bengang yang kononnya menakutkan tu
geram gak aku dengan dia

tapi aku taknak laa gaduh-gaduh
tak best oh gaduh-gaduh ni
dah laa selalu jumpaa..adoii
ada hikmah jugak kan aku kena macam ni
sebab Allah nak uji tahap kesabaran aku
lagi tinggi kesabaran seseorang tu, lagi tinggi iman dia kan ?
so, that's mean Allah nak uji tahap keimanan aku
betul tak? kalau salah tolong betulkan ye, thanks :)

tapi kan ,
syaitan kan suka orang yang tengah marah
lagi seronok dia nak bisik benda-benda jahat
sebab tu bila seseorang tu tengah marah
kadang-kadang dia tak dapat nak kawal diri
macam-macam benda boleh berlaku
ada yang sampai menyumpah-nyumpah
lepas tu bagi alasan sebab dah terbiasa
boleh je nak ubah benda tu, betul tak?
(mungkin kebanyakan orang akan cakap benda ni(menyumpah-nyumpah) perkara biasa
tapi bagi aku TAK sebab Islam dah ajar apa yang perlu buat kalau tengah marah)

dan aku pernah terbaca pasal cara-cara menangani marah
kalau korang marah masa tengah berdiri,
eloklah korang cepat-cepat duduk
supaya dapat meredakan kemarahan tu
dan sekiranya tak berkesan
korang baring..tenangkan fikiran
dan sekiranya tak kurang jugak,
tinggalkan tempat tu dan pergi berwudhu'
sebab macam aku cakap tadi
syaitan suka orang yang tengah marah-marah ni
dan adanya wudhu' ni akan terjaga sikit
then kalau rajin dirikanlah solat sunat
berdoa, baca Al-Quran

okay la sampai sini sahaja buat masa ni
rasanya dah panjang lebar aku taip
moga aku diberi ruang lagi untuk menulis di sini
InsyaAllah :)
wassalam

Loves,dila♥

2 comments:

ajue said...

tah sape plak yg ko mention nie dila? aku harap tu bkn aku la coz ko x penah tinggikan suara kat aku kan?

dila said...

hahahaha! jangan risau laa..takde kena mengena dengan kau..kalau benda tu berkaitan dengan kau pun, aku dah link kan nama kau + blog ko lagi supaya orang senang nak pergi godek-godek blog kau... :P