Monday, May 23, 2011

doraemon sudah kembali~

okayy, entry kali ini aku nak post dalam versi Malay
Malas nak fikir-fikir ayat omputih
plus, english aku pun bukan power pun haha



hari ini aku bukan nak cakap pasal doraemon
yang selalu korang tengok kat NTV7 pukul 7.30mlm hari sabtu tu
tapi aku nak cerita pasal seorang sahabat karib aku
tak tahu la kenapa setiap kali aku tengok dia
mesti aku teringat dekat doraemon
dan setiap kali aku tengok doraemon mesti teringat kat dia
hehe
jangan marah yah >.< mungkin sebab otak kau geliga macam doraemon kot doraemon kan pandai dan selalu tolong nobita begitu jugalah kau selalu tolong aku ko macam doraemon dan aku nobita
kehkehkeh




okay, Nadia binti Ahmad nama diberi..
dilahirkan pada 22Jun dan tahun dia lahir mestilah sama dengan aku haha
tempat lahir dia errr.. sorry lah beb aku lupa laa hehe
kalau tak silap KL ? betul takk? keke..

dia ni ;
orang pertama yang aku kenal sewaktu di sekolah rendah
nama sekolah tu, SKBTHO
Nadia, kita start kenal masa kita kelas 1 Seroja kan kan kan
dan guru kelas kita waktu tu Cikgu Aida
dan kita lah antara students yang paling rapat dengan cikgu
kan kan kan hee >.< kita satu kelas masa darjah 1 dan darjah 2 lepas tu kau terus cemerlang gilang gemilang terbilang kau stay kat kelas pertama je aku pula semakin merosot dan diturunkan kelas :(

tapi kau tak pernah lupa aku
kau masih lagi cari aku
walaupun aku tak pernah pergi kelas kau, cari kau
tapi kau, sekali- sekala datang kelas aku, cari aku
jahat juga aku time tu kan haha :P

dan kalau waktu raya pulak
kau orang pertama akan bagi aku kad raya
kalau kau tak bagi aku kad raya,
tak ada nya aku nak bagi kau kad raya hehe
dan sekali lagi aku jahat :P

tapi aku selalu call kau
sampai mak kau pun cakap
"saya tahu, dia yang selalu call nadia"
ngee~ :P
waktu ni kat birthday party kau
and mak kau tengah borak-borak dengan mak aku


inilah kad jemputan ke birthday party kau
yang aku masih simpan sampai sekarang


darjah 3 kita dah tak sama kelas kan
tapi entah macam mana
dekat sekola agama Rakyat An-Nur
kita satu kelas pulak
serious aku tak sangka kita akan satu kelas lagi
kat sekolah agama, results aku agak tip top
(sekolah kebangsaan, results nak hampeh je haha)
tapi masih lagi tak dapat nak kalahkan kau haha
dan kita satu kelas sehingga lah darjah 6~~



percaya tak dah macam-macam kita lalui kan
dan ada satu part
bila setiap kali aku makan pisang goreng
aku mesti teringat yang kita dulu selalu jugak la
balik dari sekola agama sama-sama
dan makan pisang goreng
dan waktu tu kau belanja aku
ngee~ >.< okaylah, kalau nak cerita semua kenangan memang sampai esok tak habis so, aku pendek kan cerita hujung tahun 2004 sewaktu kita berusia 12 tahun aku pindah bangi kau mesti ingatkan waktu aku bagitau kau yang aku nak pindah bangi sedih memang sedih sebab kita berpisah tapi nak buat macam mana kan kalau aku stay BTHO lagi pun kita bukan satu sekolah, kan ? tapi at least dapat keluar jalan sama-sama hehe masa form 1,aku pernah call kau, tapi mak kau yang jawab andd pada tahun yang sama kau ada call aku serious aku happy gila time tu and kau tanya aku pasal baju pengakap, lencana semua

and untuk pengetahuan kau,
waktu tu aku patah kaki
tak boleh nak berjalan
so, aku hanya minta bantuan mak aku tengok-tengok kan
baju pengakap, lencana apa semua
untuk menjawab segala pertanyaan kau semua la hehe
tu sebab aku banyak cam err.. err..
walaupun dapat cakap sekejap je
tapi
serious aku happy gila

then, masa form 2 pun sama jugak
aku call lagi (ambik masa setahun nak call lagi) :P
and mak kau jugak yang jawab
last-last borak-borak jugak aku dengan mak kau
lama jugak lah berborak time tu haha

then, naik form 3,
kita jumpa kat PKNS Bangi
tapi masa tu kau macam tak cam aku
maybe disebabkan perubahan physical
yelah masa sekolah rendah dulu
badan aku besar mana
sekarang dah kurus sikit
ngee~~
sikit je :P

waktu tu kau ada mintak no telefon aku
dan aku tunggu panggilan daripada kau
tapi kau tak call-call aku pun
even message pun tak :(
but it's ok, aku faham
kau masuk sekolah asrama penuh waktu tu
mana boleh bawak handphone >.< lepas tu ada la jugak aku call no lama kau tapi cina mana ntah yang jawab aku terus tak call dah haha lepas tu kita terus lost contact macam sebelum-sebelum tu ada la juga contact tapi dengan mak kau bukan dengan kau andd setahun sekali je haha lepas tu aku terus cari kau aku search nama kau kat friendster aku mula cari kau kat friendster masa aku form 2



almaklumlah waktu tu baru boleh berjinak-jinak
main internet ni
setiap tahun aku cari kau kat friendster andd myspace
sehinggalah aku buat facebook, lepas SPM

dan aku cari kau kat facebook pulak
tapi tak jumpa :(
fuhh.. sedih weyh
bertahun-tahun aku cari, aku tunggu
tapi tak jumpa-jumpa

sampailah satu masa
aku godek-godek gambar anis
nak tengok macam mana
gambaran orang nak fly ni

tup-tup
"eh, aku kenal perempuan ni!!"
then, aku tanya anis,
"sapa perempuan yang pakai tudung kaler blabla
duduk kat depan tu eh??"
andd anis jawab, kalau tak silap aku dia jawab macam ni,
"Nadia, kawan aku kat sini"
kot!!
tak sure
patu aku reply, "Nadia Ahmad Roslan??"
anis, "yupp, kenapa??"
then aku cakap
"YES! that's it..kawan sekolah aku masa darjah 1!"
hahaha
happy gila dapat jumpa balik
wee~


inilah orang yang aku cerita kan tu (dalam bulatan)

yang sebelah kau tu, Syahirah binti Mohd Taib
ingat lagi tak kat dia??
dan aku masih tercari-cari dia
aku dengar cerita, dia famous kat myspace
tapi bila aku cari, tak jumpa
tak tau lah kalau dia tak letak nama betul kan

okayy, tujuan aku taip panjang lebar
dan post entry khas untuk kau ini
adalah
kerana
aku happy sangat sebab kau post something kat wall aku
haha

serious! aku tak tipu
memang betul aku happy gilaa~~
sebab secara jujur, aku ingatkan kau dah lupakan aku

sebab, sepanjang kau approve aku kat facebook,
seingat aku kan,
hanya sekali je kita pernah main komen, kan ?

sepanjang kita tak bertegur sapa tu
aku jadi stalker kau
aku stalk kau kat facebook, kat blog
baca status kau yang lepas-lepas
ngeh ngeh ngeh :P

yelah, nak tau perkembangan terkini pasal diri kau
andd aku minta maaf sangat-sangat
sebab aku takde waktu kau dalam kesedihan
sewaktu kau kehilangan ayah kau
serious aku terkejut, terkedu, tergamam
takziah aku ucapkan
semoga roh ayah kau ditempatkan
dalam kalangan orang-orang yang beriman..aminn.


dann aku percaya kau masih sedih lagi, kan ?
dan aku harap sangat kau bersabar, cekal, dan tabah
menghadapi segala ujian ni
pasti ada hikmah disebaliknya =)

yelah, cakap memang senang
sabar, cekal, tabah
tapi nak mengharungi tu
hanya orang yang diuji sahaja tau

tapi aku yakin, kau kuat
kau mampu untuk harungi semua ni
dan aku minta maaf sebab aku takde waktu tu

dan aku harap kau akan happy selalu
sebab aku akan happy bila tengok kau happy
ingat, kau pergi sana untuk memenuhi impian mama dan ayah kau
jangan kecewa kan mereka okayy!
aku nak bila kau balik malaysia nanti
kau bawak segulung ijazah
dan
kau adalah seorang doktor!

"Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku...
Sahabat yang baik adalah seiring denganku
dan menjaga nama baikku ketika
aku hidup atau selepas mati....

Kuhulurkan tangan kepada
kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan merasa senang...
Semakin ramai sahabat,
semakain aku percaya diri..

Aku selalu berharap
mendapat sahabat sejati
yang tidak luntur
baiknya dalam suka dan duka..

Jika aku dapat,
aku ingin setia padanya.."
Imam Shafie


Para sahabat yang bertakhta dihatiku
bukanlah yang ku khaskan cirinya;
agar ideal segala-galanya di mata,
tetapi...
para sahabat yang kuhargai dan kusayangi
yang bertakhta di hati adalah
yang dirinya berjiwa hamba
kerana sifat kehambaannya itu,
hatiku tidak berupaya untuk melupakannya.


Loves,dila♥

No comments: