Tuesday, January 5, 2010

ahhhhhhh

10.30pm


Ahhh.. aku tak suka kehidupan selepas spm ni! amat membosankan!
apa aku nak semua tak boleh! nak gain experience pun tak boleh!
macam-macam alasan bagi. Bukannya aku nak buat kerja jahat. Kalau betullah aku jahat, masa dekat sekolah lagi aku dah tunjukkan.

kawan-kawan aku semua dapat pengalaman baru. aku?? apa yang aku dapat??
majoriti kawan aku semua ambik lesen. aku?? kena tunggu dapat tawaran.
biler?? 20 atau 21 tahun nanti. okay fine! aku ikut. aku terima sebab abang aku dulu pun nak ambik lesen pun tunggu dapat tawaran. adil la kan. aku tak protes.

kawan aku ajak aku join wwf dekat jenjarom, dapat lagi seribu alasan.
Katanya tempat itu temple la, baik buat amal kat masjid ke surau ke. ok Fine aku ikut.

Petang tadi aku dapat mesej daripada sorang kawan aku, katanya ayah dia sudah daftarkan dia kursus belajar memandu. Walaupun kursus jer at least dia ada jugak aktiviti lepas spm. aku?? apa yang aku ada?? setakat menghadap internet jer, semua orang pun boleh!

Mak aku suruh aku cari kat internet mengenai Stamford College dekat Melaka tuh. aku dah dapat maklumat daripada kawan-kawan aku dah. dekat situ ada program pra-universiti. ada belajar speaking, skills, interview apa semua la. okay la, aku terima la. suruh aku tinggal dengan nenek aku. aku no hal. tak kisah, nenek aku jugak, kesian jugak dia duduk sorang-sorang. suruh aku naik bas pergi Stamford College tuh tak tahan. tambang?? mana nak cekau duit?? takkan nak minta nenek aku kot. malu la beb! minta duit tambang dengan nenek.

HURMMM.. tadi kawan aku tu ajak aku kerja dekat Old TOwn white coffee dekat Warta. Aku ingatkan inilah peluang aku untuk gain experience! tapi semuanya menjadi igauan. Sama jugak, macam-macam alasan bagi. Tapi alasan yang aku tak boleh terima, mak aku cakap Warta tu jauh. Iwan dulu boleh pulak kerja dekat situ. Boleh pulak hantar. Mana adil macam ini. Asal aku jer, nak yang dekat, kalau boleh taknak jauh-jauh. Hantar aku belajar dekat Serting boleh pulak. Lagi jauh. Nasib baik aku ni bukan macam anak orang lain yang mengamuk tak tentu hala biler benda yang diingini tidak dipenuhi.

Aku terus bersabar. Aku tahu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lagi banyak bersabar, lagi besar hikmahnya. Walaupun kecewa, tapi apakan daya segala yang parenz kita buat itu untuk kebaikan diri kita jugak. Walaupun tak dapat sekarang, tapi aku yakin, suatu hari nanti Allah pasti akan tunjukkan sesuatu yang mungkin diluar sangkaan aku. Saper tahu??
Hurmmm.. segalanya aku dah ceritakan apa yang sudah lama terbuku dekat hati ini. satu-satu orang yang tahu pasal benda ini kawan aku sorang dari Melaka.
Terima kasih banyak2 dekat dia sebab sudi dengar masalah aku. Aku harap persahabatan kita ni kekal sehingga ke akhir hayat. Sayang kauuuu.

Loves,dila♥

No comments: