Saturday, June 25, 2011

siapa musuh kita ?

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "

" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "

" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."

" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan.
"


sedang sibuk aku belek-belek iLuvIslam.com
tetiba aku terjumpa ayat yang berwarna ungu tu
sangat tertarik dengan ayat tersebut
credits to one who posts this lovely word :)

dan aku rasa macam nak tambah lagi satu
"Jika kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala couple,
belum tentu kita dapat terhindar daripada dosa yang sama
"
ayat aku takde laa sepuitis ayat di atas tapi
at least make sense, kan? hehe

okay, siapa lah aku ni nak bercakap pasal ni
tapi takde salahnya kalau kita nak share
sedikit ilmu yang kita ada, betul tak?
apa yang menyebabkan aku tetiba
nak berhujah persoalan ni ?

cerita dia macam ni
sewaktu dalam kelas subjek Understanding Islam (UI)
ustazah aku ni suka bercerita orangnya
dan beliau selalu memfokuskan soal couple ni

dan ayat beliau tersangatlah straight forward
dan bagi sesiapa yang in relationship
memang makan dalam laa
tapi ada baiknya juga ustazah aku yang cakap
sebab kalau orang macam aku ni yang bersuara
takde siapa nak dengar + siap kena kutuk belakang lagi

seperti semua orang sedia maklum,
couple tu haram
dan secara jujurnya aku hampir-hampir terjebak ke lembah ni
dan alhamdulillah aku masih lagi dapat memelihara diri aku
kerana aku mempunyai seorang ustazah yang sentiasa mengingatkan aku
akan dosa-dosa dan haramnya couple ni
thank you so much ustazah and I really appreciate it :)
jikalau kita hanya bersms, berborak kosong dengan berlainan jantina
pun boleh tambah dosa, apatah lagi mempunyai ikatan tak sah ni
betul tak?

okay laa aku rasa dah panjang sangat aku taip,
dipendekkan cerita
ustazah aku cakap, walaupun kita tak couple
tapi kita memberi sokongan secara nampak atau tidak
kita tetap juga ada 'share' atau saham dosa
dengan orang yang couple. nauzubillah
mengucap panjang aku setelah mendengarnya
tersentak, terkedu, terkaku seketika

mengapa? bila difikirkan balik
betul juga sebab kita seolah-olah menyokong tindakannya
walaupun kita tahu benda tu haram + berdosa

contoh, kalau kawan kita nak beli hadiah untuk boyfie/girlfie dia
dan kita pun cakap,
"beli lah yang ada teddy bear, love-love ke kat tengah-tengah mesti lagi comel"
"dia suka apa? kau beli laa benda yang dia suka"
"pujuklah dia, mungkin dia ada masalah tu"
memang nampak sangatlah kita sokong tindakan dia
dan pada masa yang sama, kita pun dapat dosa bukannya pahala

atau pun kita pinjamkan handphone kita
untuk dia contact boyfie/girlfie dia
kita share saham dosa dengan dia
tak cukup lagi apabila ditambah dengan kita teman kawan kita dating
glurp..

ditambah pula, bila kita nampak segala tingkah laku kawan kita
yang melanggar batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
dengan duduk dekat-dekat, cuit-cuit, pegang-pegang, bermanja-manja
memang bertambah-tambah lah dosa kita
astaghfirullahalzim

banyak lagi rupanya perlu aku pelajari
aku berharap semoga usaha aku untuk mendalami ilmu agama ni berterusan
insyaAllah..
tolong doakan aku ye kawan-kawan :)

dan pada waktu ni
aku tersangatlah memerlukan seseorang yang selalu
boleh mengingatkan aku pada Allah
dia tak perlu untuk sentiasa memberi tazkirah pada aku
tetapi cukuplah pada perwatakan nya sahaja
boleh membuatkan aku sentiasa ingat pada Allah

dan salah satu sebab aku suka sangat bergaul dengan orang yang lebih tua
daripada aku adalah kerana mereka ni banyak pengalaman
dan daripada pengalaman mereka la macam-macam aku boleh pelajari
dan kepada sesiapa yang selalu nampak atau tahu
aku suka lepak dengan lecturers atau makcik kafe
bukan sebab aku nak bodek atau take advantage on them
tapi aku nak pelajari sesuatu
ingatlah ilmu tu tak semestinya dipelajari secara formal
macam dalam kelas, atau dengar ceramah di dewan
tetapi ia juga boleh dipelajari secara tidak formal :)

wassalam

Loves,dila♥

am home :D

assalamualaikum w.b.t

first of all,
sorry 'cuz dah lama tak update blog.
I'M SO SORRY
kelas takde la pack mana
cumaa wireless yang kadang-kadang menghampakan
dan buat masa ini aku tak dapat nak online
kerana aku tak dapat access the provided wireless
but I'll try again next time okay :)

errmm...okay based on the given title
I'M HOME! weee~ :D
itu yang boleh update blog
blog kawan-kawan aku banyak dah aku ketinggalan
gara-gara masalah teknikal
sorry guys
but I'll try to read your blog as soon as possible :D

nak cerita apa ek untuk entri kali ni ?
errmm.. haaa! let's talking about hot-temper
M A R A H
biasanya sinonim dengan perempuan-perempuan yang datang bulan
be open minded k
benda ni biasa berlaku dalam kalangan perempuan
lebih-lebih lagi apabila seseorang itu bulan penuh ;P
tapi tak semua laa yang macam tu

tapi ada sorang ni pelik sikit
boleh dikatakan sepanjang masa nak marah-marah, takde mood
cakap sikit nak melenting
bukannya aku sakitkan hati dia pun
it's just a joke ok
itu pun nak melenting, padahal takde kena mengena dengan dia pun
entahlah susah jugak kan bercakap dengan orang keras kepala ni
asyik-asyik dia je nak betul
dan bila aku betulkan fakta dia yang salah tu
mula laa dia nak tinggikan suara, buat muka
macam seolah-olah dia tau semua benda
dan aku ni macam lurus + bodoh
tak tahu apa-apa macam katak bawah tempurung
tak boleh nak bagi opinion langsung
apakehal ?

dan aku ni pulak jenis tengok orang,
kalau orang tu kerja asyik nak marah je
jangan harap lah aku nak tegur, gurau-gurau dengan orang tu
lately ni aku macam dah berani pulak nak meninggikan suara kat dia
dahsyat kan.. seriously, aku tak pernah nak tinggikan suara kat orang
ni kira first time laa aku buat macam ni
terdiam jugak dia tu bila dah kena
hahaha

tapi lepas tu jadi balik
aku pun apa lagi
belah la dari tempat tu, buat rosak mood aku je
dan bila jumpa dia lagi
aku tak tegur dia instead dia yang tegur aku dulu
aku ni ada ego nya jugakk

aku tak suka orang pijak kepala aku
dan lately ni aku rasa macam kepala aku dipijak-pijak
dan asyik kena ikut cakap dia je
kalau tak mesti dia buat muka
muka bengang yang kononnya menakutkan tu
geram gak aku dengan dia

tapi aku taknak laa gaduh-gaduh
tak best oh gaduh-gaduh ni
dah laa selalu jumpaa..adoii
ada hikmah jugak kan aku kena macam ni
sebab Allah nak uji tahap kesabaran aku
lagi tinggi kesabaran seseorang tu, lagi tinggi iman dia kan ?
so, that's mean Allah nak uji tahap keimanan aku
betul tak? kalau salah tolong betulkan ye, thanks :)

tapi kan ,
syaitan kan suka orang yang tengah marah
lagi seronok dia nak bisik benda-benda jahat
sebab tu bila seseorang tu tengah marah
kadang-kadang dia tak dapat nak kawal diri
macam-macam benda boleh berlaku
ada yang sampai menyumpah-nyumpah
lepas tu bagi alasan sebab dah terbiasa
boleh je nak ubah benda tu, betul tak?
(mungkin kebanyakan orang akan cakap benda ni(menyumpah-nyumpah) perkara biasa
tapi bagi aku TAK sebab Islam dah ajar apa yang perlu buat kalau tengah marah)

dan aku pernah terbaca pasal cara-cara menangani marah
kalau korang marah masa tengah berdiri,
eloklah korang cepat-cepat duduk
supaya dapat meredakan kemarahan tu
dan sekiranya tak berkesan
korang baring..tenangkan fikiran
dan sekiranya tak kurang jugak,
tinggalkan tempat tu dan pergi berwudhu'
sebab macam aku cakap tadi
syaitan suka orang yang tengah marah-marah ni
dan adanya wudhu' ni akan terjaga sikit
then kalau rajin dirikanlah solat sunat
berdoa, baca Al-Quran

okay la sampai sini sahaja buat masa ni
rasanya dah panjang lebar aku taip
moga aku diberi ruang lagi untuk menulis di sini
InsyaAllah :)
wassalam

Loves,dila♥